Saturday, 17 March 2012

KIDS READING BOOK....

KID SINGING!!!!

UPIN & IPIN BERMAIN BOLA SEPAK

Rancangan Mengajar (Tema:Hobi)

Rancangan mengajar
Nama kelas           : Qaseh Suci
Bilangan murid      : 20 0rang
Umur                     :5 tahun
Minggu & hari        : Selasa (minggu ke 9)
Tarikh                    :17 Julai 2012
Cadangan masa    : 40 minit
Tunjang utama       : Tunjang Komunikasi Bahasa Malaysia
Tunjang disepadukan:
1.     Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika (Kreativiti)

Standard pembelajaran utama: BM 2.2.4 Bersoal jawab secara spontan.
Standard pembelajaran disepadukan:
1.    KTI 2.1.13 Menyanyi dengan gerakan.
2.    KTI 1.2.7 Menghasilkan karya mengikut kreativiti sendiri melalui pelbagai aktiviti menggambar (kolaj).
Objektif pembelajaran: Di akhir pengajaran, murid boleh:
      I.        Menjawab soalan yang diberikan oleh guru.
    II.        Menyanyi dengan gerakan dengan bimbingan guru.
   III.        Menghasilkan karya mengikut kreativiti sendiri
.
Pengetahuan sedia ada: Murid-murid sudah tahu hobi bermain basikal.
Penerapan nilai: Mendengar arahan dan bekerjasama
Alat bantu mengajar (ABM): kertas warna, gam,  kad manila, pen marker, kad imbasan, gambar bola.
Penerapan nilai: mendengar arahan dan bekerjasama
Kosa kata: bermain komputer, bermain bola sepak, bermain basikal, membaca buku.
Langkah/ masa
          Aktiviti guru
Aktiviti murid
Catatan
 Set induksi
   2 minit
-Guru masuk ke dalam kelas sambil  membawa laptop yang mengandungi video,yang berkaitan  dengan hobi iaitu, meyanyi ,bermain bola,membaca buku, bermain komputer.


-Guru menayangkan video kepada murid-murid


-Guru menayakan kepada murid apa yang mereka lihat di dalam video tersebut.

-Murid-murid terkejut dan tertanya-tanya dengan tindakan guru membawa laptop.










-Murid melihat guru memasang video


-Murid memberi tindakan yang      positif, apabila guru menayakan  soalan kepada mereka.
ABM:laptop
Objektif:
Nilai:bersabar
KBKK: menjana idea
Langkah 1
15 minit
-Guru menerangkan tema pada hari ini iaitu, hobi saya.
-Guru bersoal jawab dengan setiap murid apakah hobi mereka?
-Guru menerangkan empat jenis hobi yang akan dipelajari pada hari ini iaitu bermain bola sepak, bermain komputer, bermain basikal dan membaca buku.
-kemudian guru menunjukkan gambar hobi-hobi tersebut dan menerangkan dengan lebih jelas kepada murid-murid.
-Guru menyebut perkataan yang terdapat di kad imbasan dengan jelas kemudian meminta murid-murid mengikut menyebutnya bersama-sama guru.
-Guru menampal kad manila yang mengandungi lirik lagu hobi di papan putih.
-Guru terlebih dahulu akan membaca lirik dan membuat pergerakan mudah di hadapan murid-murid.
-Kemudian, guru meminta murid-murid membaca lirik bersama-sama dan membuat pergerakan mudah dengan bimbingan guru.
-Murid-murid menjawab soalan yang diberikan oleh guru.
-Muirid-murid mendengar dengan jelas penerangan yang diberikan oleh guru.
-Murid-murid melihat gambar hobi di kad imbasan yang ditunjukkan oleh guru.
-Murid-murid mendengar guru menyebut perkataan yang terdapat di kad imbasan dan mengikut menyebutnya bersama-sama guru.
-Murid-murid mendengar arahan guru, kemudian mengikut guru mebaca lirik dan membuat pergerakan sambil mengulang-ulang lirik lagu dengan gembira.

ABM: kad manila, kad imbasan perkataan dan gambar hobi.
Objektif: (i) (ii)
Nilai: mendengar arahan
KBKK: Menjana idea
Langkah 2
20 minit
-Guru memberi arahan mudah kepada murid-murid seperti meminta murid-murid duduk di tempat masing-masing.
-Guru menerangkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari ini iaitu ‘go go kolaj’.
-Guru membuat demonstrasi tentang cara-cara untuk bermain aktiviti ‘go go kolaj’.
-Guru membahagikan murid-murid kepada lima kumpulan.
-Guru memberi bahan seperti gam, kertas warna dan gambar bola.
-Murid-murid mendengar dengan jelas arahan dan  penerangan guru.
-Murid-murid melihat dengan teliti demonstrasi yang ditunjukkan oleh guru.
-Murid-murid berkumpul dalam kumpulan yang telah dibahagikan oleh guru dan bermain dengan gembira.


ABM:
Objektif: (iii)
Nilai: bekerjasama dan mendengar arahan
KBKK: membanding dan membezakan

Penutup
3 minit
-Guru bersoal jawab dengan murid-murid mengenai pengajaran dan pembelajaran pada hari ini.
-Guru menunjuk cara membuat lembaran kerja kepada murid-murid.
-Guru memberi lembaran kerja kepada murid-murid untuk disiapkan di rumah.
-Guru meminta murid-murid membaca doa sebelum pulang.
-Murid-murid menjawab setiap soalan yang diajukan oleh guru dengan betul.
-Murid-murid melihat cara membuat lembaran kerja yang ditunjukkan oleh guru.
-Murid-murid menerima lembaran kerja untuk dibuat di rumah oleh guru.
-Murid-murid membaca doa sebelum pulang.
ABM: lembaran kerja
Objektif:
(i)
Nilai: mendengar arahan
KBKK: menjana idea

Wednesday, 14 March 2012

Kelebihan Mempunyai Hobi

Hobi adalah sesuatu yang kita lakukan pada masa lapang untuk keseronokan dan ketenangan. Hobi memberi kebaikan kepada semua orang mahupun tua atau muda. Kanak-kanak perlu menyertai aktiviti berguna selain aktiviti korikulum di sekolah. Dengan menyertai aktiviti semasa waktu senggang pada usia muda akan membantu mereka untuk memperbaiki kapasiti mental, membangunkan aktiviti kreativiti, membina stamina dan meningkatkan perhubungan sosial. Kadang kala, melalui hobi kanak-kanak mampu menemui minat mereka dalam sesuatu bidang dan berkeputusan untuk menjadikanya sebagai kerjaya mereka.

Dengan persekitaran kerja yang semakin kompleks sekarang ini, orang dewasa perlu memanfaatkan hobi sebagai satu cara mengurangkan stress. Ramai orang dewasa mempelajari skill baru ketika mereka memilih hobi. Hobi-hobi ini membantu mereka untuk hidup sepenuhnya. Tambahan pula, apabila mereka bersara, mereka boleh teruskan hobi mereka dan hidup dengan penuh makna selepas bersara. Hobi dapat membantu meningkatkan kesihatan. Selain membawa keseronokan dan ketenangan kepada hidup, ia juga membantu untuk meningkatkan kesihatan minda. Sesetengah hobi menawarkan kesihatan fizikal dan sekaligus membantu dalam menjaga kesihatan fizikal.

Selain itu, kita boleh membesarkan kitaran sosial melalui interaksi dengan mereka yang berkongsi minat yang sama. Maka ia tidak mengejutkan untuk mengetahui, berdasarkan pakar perubatan, hobi dapat membantu memanjangkan hayat. Ianya menarik untuk mempelajari sesuatu yang menarik yang dapat meningkatkan taraf hidup.

Tujuan Hobi

Tujuan hobi adalah untuk memenuhi minat dan mendapat keseronokan, bukan mendapat pulangan. terdapat pelbagai jenis hobi seperti mengumpul, membuat, membaiki, bermain dan pendidikan dewasa. Ada hobi percuma dan ada yang memerlukan belanja. Sebagai contoh, hobi mengumpul setem adalah percuma jika sekadar mengumpul setem terpakai, tetapi ia bertukar menjadi hobi yang memerlukan belanja apabila pengumpul jemu dengan kesukaran mendapatkan pelbagai setem secara percuma.

Memancing adalah hobi yang memerlukan belanja dan menghasilkan pulangan. Belanja diperlukan untuk membeli alat pancing utama seperti joran dan umpan, alat pancing sampingan seperti bot, khemah, lampu dan sebagainya.




Definisi Hobi


Kita memang sering diajukan soalan tentang apa hobi kita. Sekiranya diajukan tentang hobi, ramai yang akan menjawab jawapan-jawapan yang biasa kita dengar contohnya bermain bola sepak, melayari internet, memancing, membaca dan sebagainya. Hobi merupakan aktiviti berfaedah yang dilakukan pada waktu lapang yang mampu memberi kepuasan dan memberi ketenangan jiwa kepada seseorang itu. Hobi tidak boleh dipaksa-paksa, tidak boleh dijual beli, dan tidak boleh diwariskan. Tidak dinafikan juga, hobi dilakukan kerana mengikut seseorang, mengikut peredaran masa dan persekitaran. Tapi selagi ia memberi ketenangan dan kepuasan, itulah HOBI.....




Monday, 12 March 2012

Hobi

Assalamualaikum... kami dari group c. setelah kami berbincang sesama sendiri kami telah memilih nama princess lavender sebagai nama kumpulan kami. kami diberi tugasan untuk membuat blog bertemakan hobi. seperti yang kita ketahui terdapat banyak hobi yang kita boleh lakukan, antaranya ialah memancing, membaca buku, mengumpul setem, bermain bola, bermain badminton, bermain komputer dan lain-lain lagi. hobi-hobi ini memberi banyak faedah kepada kanak-kanak dan orang dewasa kerana dapat berkongsi maklumat dapat meluangkan masa dengan keluarga, bagi kanak-kanak pula hobi ini adalah untuk menguatkan perkembangan psikomotor kasar, halus kepada  mereka.

Followers