Rancangan mengajar
Nama kelas : Qaseh Suci
Bilangan murid : 20 0rang
Umur :5 tahun
Minggu & hari : Selasa (minggu ke 9)
Tarikh :17 Julai 2012
Cadangan masa : 40 minit
Tunjang utama : Tunjang Komunikasi Bahasa Malaysia
Tunjang disepadukan:
1. Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika (Kreativiti)
Standard pembelajaran utama: BM 2.2.4 Bersoal jawab secara spontan.
Standard pembelajaran disepadukan:
1. KTI 2.1.13 Menyanyi dengan gerakan.
2. KTI 1.2.7 Menghasilkan karya mengikut kreativiti sendiri melalui pelbagai aktiviti menggambar (kolaj).
Objektif pembelajaran: Di akhir pengajaran, murid boleh:
I. Menjawab soalan yang diberikan oleh guru.
II. Menyanyi dengan gerakan dengan bimbingan guru.
III. Menghasilkan karya mengikut kreativiti sendiri
.
Pengetahuan sedia ada: Murid-murid sudah tahu hobi bermain basikal.
Penerapan nilai: Mendengar arahan dan bekerjasama
Alat bantu mengajar (ABM): kertas warna, gam, kad manila, pen marker, kad imbasan, gambar bola.
Penerapan nilai: mendengar arahan dan bekerjasama
Kosa kata: bermain komputer, bermain bola sepak, bermain basikal, membaca buku.
Langkah/ masa | Aktiviti guru | Aktiviti murid | Catatan |
Set induksi 2 minit | -Guru masuk ke dalam kelas sambil membawa laptop yang mengandungi video,yang berkaitan dengan hobi iaitu, meyanyi ,bermain bola,membaca buku, bermain komputer. -Guru menayangkan video kepada murid-murid -Guru menayakan kepada murid apa yang mereka lihat di dalam video tersebut. | -Murid-murid terkejut dan tertanya-tanya dengan tindakan guru membawa laptop. -Murid melihat guru memasang video -Murid memberi tindakan yang positif, apabila guru menayakan soalan kepada mereka. | ABM:laptop Objektif: Nilai:bersabar KBKK: menjana idea |
Langkah 1 15 minit | -Guru menerangkan tema pada hari ini iaitu, hobi saya. -Guru bersoal jawab dengan setiap murid apakah hobi mereka? -Guru menerangkan empat jenis hobi yang akan dipelajari pada hari ini iaitu bermain bola sepak, bermain komputer, bermain basikal dan membaca buku. -kemudian guru menunjukkan gambar hobi-hobi tersebut dan menerangkan dengan lebih jelas kepada murid-murid. -Guru menyebut perkataan yang terdapat di kad imbasan dengan jelas kemudian meminta murid-murid mengikut menyebutnya bersama-sama guru. -Guru menampal kad manila yang mengandungi lirik lagu hobi di papan putih. -Guru terlebih dahulu akan membaca lirik dan membuat pergerakan mudah di hadapan murid-murid. -Kemudian, guru meminta murid-murid membaca lirik bersama-sama dan membuat pergerakan mudah dengan bimbingan guru. | -Murid-murid menjawab soalan yang diberikan oleh guru. -Muirid-murid mendengar dengan jelas penerangan yang diberikan oleh guru. -Murid-murid melihat gambar hobi di kad imbasan yang ditunjukkan oleh guru. -Murid-murid mendengar guru menyebut perkataan yang terdapat di kad imbasan dan mengikut menyebutnya bersama-sama guru. -Murid-murid mendengar arahan guru, kemudian mengikut guru mebaca lirik dan membuat pergerakan sambil mengulang-ulang lirik lagu dengan gembira. | ABM: kad manila, kad imbasan perkataan dan gambar hobi. Objektif: (i) (ii) Nilai: mendengar arahan KBKK: Menjana idea |
Langkah 2 20 minit | -Guru memberi arahan mudah kepada murid-murid seperti meminta murid-murid duduk di tempat masing-masing. -Guru menerangkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari ini iaitu ‘go go kolaj’. -Guru membuat demonstrasi tentang cara-cara untuk bermain aktiviti ‘go go kolaj’. -Guru membahagikan murid-murid kepada lima kumpulan. -Guru memberi bahan seperti gam, kertas warna dan gambar bola. | -Murid-murid mendengar dengan jelas arahan dan penerangan guru. -Murid-murid melihat dengan teliti demonstrasi yang ditunjukkan oleh guru. -Murid-murid berkumpul dalam kumpulan yang telah dibahagikan oleh guru dan bermain dengan gembira. | ABM: Objektif: (iii) Nilai: bekerjasama dan mendengar arahan KBKK: membanding dan membezakan |
Penutup 3 minit | -Guru bersoal jawab dengan murid-murid mengenai pengajaran dan pembelajaran pada hari ini. -Guru menunjuk cara membuat lembaran kerja kepada murid-murid. -Guru memberi lembaran kerja kepada murid-murid untuk disiapkan di rumah. -Guru meminta murid-murid membaca doa sebelum pulang. | -Murid-murid menjawab setiap soalan yang diajukan oleh guru dengan betul. -Murid-murid melihat cara membuat lembaran kerja yang ditunjukkan oleh guru. -Murid-murid menerima lembaran kerja untuk dibuat di rumah oleh guru. -Murid-murid membaca doa sebelum pulang. | ABM: lembaran kerja Objektif: (i) Nilai: mendengar arahan KBKK: menjana idea |
No comments:
Post a Comment